Monday, March 14, 2011

C>I>N>T>A??

Cerita ini, tiada kena mengena dengan kisah hidupku, ia hanya s
ekadar informasi yang boleh kita pelajari dan dipelajari sebelum dan 
masa akan datang. Insyallah. Waktu ini, aku hanya cintakan kerjaya, 
impian, harapan dan yang paling ku cintai adalah ibubapa serta rakan-rakanku…

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar 
kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata 
darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia 
ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang 
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya
 kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan 
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu 
mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya 
dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran 
antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan
dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap
 bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian 
dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya 
tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia 
kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu 
begitu mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA


No comments:

Post a Comment